Sarawak Next Paradise Homestay 2018 Workshop & Advokasi Mobile E-Waste
8 Julai 2018 | Aktiviti TerkiniPada 7 Julai 2018, PI Braang Bayur bekerjasama dengan PI Bengoh dan UCSI University telah mengadakan bengkel “Sarawak Next Paradis Homestay 2018” di Kpg. Taba Sait, Bengoh Resettlement Scheme. Kami telah dijemput untuk membuka pameran tentang Pusat Internet dan memberi ceramah tentang peranan Pusat Internet dalam membantu Usahawan Homestay. Program ini bermula pukul 8.00 pagi sehingga 5.00 petang dan telah disertai oleh 29 orang peserta, pelajar-pelajar UCSI University dan penduduk kampung.
Program ini, mendedahkan peserta dalam pengurusan homestay, aktiviti pelancongan dan perkongsian pemilik homestay yang berjaya disekitar puncak borneo. Program ini juga telah dirasmikan oleh Ahli Parlimen P.198 Puncak Borneo iaitu YB Willie Anak Mongin Melalui Program ini juga kita dapat memperkenalkan Pusat Internet 1Malaysia secara umum kepada peserta dan ketengahkan Modul Advokasi Mobile E-Waste.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: